Posts

Roti paung Terengganu

Image
Ramai tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasa roti paung Terengganu? Rotinya dibakar di dalam loyang roti. Bentuknya kecil-kecil dengan pelbagai jenis inti. Dan ada juga roti yang kosong. Rasanya pula lemak manis. Biasanya lebih manis daripada roti biasa. Rasa lemak manis adalah kombinasi susu pekat manis dan gula yang diadun di dalam doh roti paung. Biasa dijual panas-panas dan teksturnya sangat lembut. Harga seloyang roti paung biasanya hanya RM3 - RM4 - bergantung pada saiz loyang. Nak rasa roti paung? Jemputlah berkunjung ke Terengganu!!